Khamis, 13 November 2008

LESUNG BATU


Lesung batu diperbuat daripada batu tunggal. Ia mempunyai anak batu yang dijadikan sebagi penumbuk dan bekas penumbuk yang lompang dipanggil ibu. Ianya digunakan untuk menumbuk bahan dalam kuantiti sedikit seperti cili, rempah, kacang dan kesisik untuk kegunaan harian.

Boleh dikatakan setiap rumah memiliki lesung batu memandangkan ia digunakan pada setiap hari untuk menumbuk bahan ramuan masakan.

Pada zaman dahulu lesung batu merupakan alat bantuan untuk memasak memadangkan ketika itu bekalan elektik belum wujud berbanding dengan masakini rata-rata orang menggunakan mesin pengisar.

Dengan menggunakan lesung batu rasa masakan masih terpelihara terutama sekali dalam membuat sambal belacan.

Tiada ulasan: