Rabu, 22 Oktober 2008

BUAH JERING


Buah jering amat bernilai dalam perubatan tradisional terutamanya untuk mengubati penyakit batu karang. Sesungguhnya tumbuhan banyak memberi kegunaan kepada kita semua terutama dalam merawat penyakit tertentu yang memerlukan tumbuhan sebagai ubatan melalui perubatan tradisional.

Selain boleh dibuat rawatan, buah jering juga boleh dijadikan makanan untuk dibuat ulaman bersama sambal belacan ketika sedang makan nasi.

Jering yang dikenali sebagai 'pithecellobium jiringa dari segi saintifiknya.

Malahan, kita seharusnya tahu bahawa tumbuhan dan perubatan tradisional tidak dapat dipisahkan dan boleh diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

Isnin, 20 Oktober 2008

TEMPAYAN

Antara koleksi tempayan yang ada sekarang. Rasanya tempayan dalam koleksi aku dah ada dalam 18 buah kesemuanya. Ada yang aku letak dalam rumah, bahagian ruang tamu, luar rumah aku tambah kat bahagian lanskap.

Inilah kerja aku, bila aku keluar dari bandar Johor Bahru ada aje tempayan atau barang-barang antik yang aku nak bawa balik.

Memang minat aku mengumpul barang-barang lama. Happy yang teramat sangat!

RUMAH IDAMAN


Antara koleksi rumah idaman yang ada dalam simpanan aku. Aku memang minat kalau dapat rumah macam ini, rekebentuknya yang menarik ala bali dan tropika.

Tak bosan aku tengok rekabentuk rumah tersebut setiap hari memandangkan aku nih suka interior and exterior design house.

Aku boleh search internet berjam-jam sebab nak tengok design rumah orang lain.

JAMUAN RAYA KKSPSZ 2008


Jamuan Raya KKSPSZ pada hari sabtu, 19 Oktober 2008 yang bertempat di Rumah Tropika, UTM cukup meriah. Acctually aku nak tolong 'rewang' tapi disebabkan rumah ada tetamu so terpaksa batalkan disaat akhir.

Aku sampai jam 5.00ptg dengan anak-anak, suami tak dapat hadir disebabkan dia outstation ada promosi di Pusat Matrikulasi Gambang, Kuantan.

Macam-macam juadah yang tersedia. Selesai makan aku pun bersalaman dengan rakan-rakan sepejabat. Bila nak masuk kereta hujan lebat.

Cuba berlaki ke parking namun tetap basah lencun! Apa pun aku gembira dapat meluangkan masa walaupun sekejap.

Buat AJK KKSPSZ tahniah atas kejayaan kalian semua!

Rabu, 15 Oktober 2008

BUAH ROZEL

Buah rozel ialah buahan tumbuhan semusim, mudah membiak dari biji benih dan keratan batang. Daunnya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang berwarna kemerahan.

Bahagian rozel yang boleh dimakan ialah kelopak bunga atau buah yang berwarna merah terang dan mudah patah atau rangup.

Antara kegunaan buah rozel boleh dijadikan jus, kordial, bahan campuran biskut dan kek. daun rozel yang mempunyai rasa masam boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tomyam dan sup.

Untuk mendapatkan airnya ialah dengan merebus buah rozel dan dicampur dengan sedikit gula. Air ini enak diminum setelah sejuk dan dicampur dengan sedikit gula batu.

Rozel bersifat astrigen dan antiseptik, ia boleh digunakan untuk merawat batuk, cirit birit dan berak berdarah.

LADA HITAM


Bagi yang tidak mengenali lada hitam yang masih 'fresh' lagi. Inilah dia lada hitam yang sempat aku tangkap gambar sebagai koleksi peribadi.

Lada hitam digunakan dengan meluas. Ia dikenali semua masyarakat diseluruh dunia samada sebagai bahan ramuan masakan, perisa dan sos.

Tumbuhan ini berasal dari Malabar di pantai barat India. Di Malaysia lada hitam tumbuh sejak 2000 tahun dahulu. Lada hitam dari sarawak merupakan lada hitam yang bermutu dan cukup terkenal seluruh dunia.

Walaupun ianya meluas digunakan dalam masakan dan makanan namun lada hitam mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba.

Hitam, hitam sitampok manggis, walau pun hitam ku rasa panas!

KAMAR TIDUR


Kamar tidur aku juga hasil sentuhan dari kretiviti aku sendiri. Seminggu sekali aku tukar cadar supaya nampak kelainan.

Kelambu putih di atas tu hasil dari jahitan aku 2 tahun yang lepas.

RUANG TAMU 2

Ini juga adalah ruang tamu rumah aku. Kesemua hiasan adalah sentuhan tangan aku sendiri.

Kebanyakkan perabut dalam rumah aku tidaklah mahal sangat tapi bagi aku yang penting cara kita dekorasi hiasan dalaman menjadikan ianya nampak mewah.

Macam buluh dalam pasu tu, sebenarnya hanyalah buluh lemang yang aku dapat dari penjual lemang di tepi jalan. Aku cuci, keringkan kemudian 'varnish'. Maka menjadi cantik, kilat dan baru.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


Aku memang anak jati Johor. Alhamdulilah rezeki aku pun tetap di sini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Aku berbangga jadi anak watan Johor dan berkhidmat di negeri sendiri.

Walaupun hidup di kota yang penuh dengan kemaksiatan dan kemungkaran itulah yang memberi aku rezeki yang melimpah ruah menyara kehidupan kami sekeluarga.

Aku pasrah meneruskan kehidupan dengan mencari rezeki di Universiti Teknologi Malaysia dengan hanya berbekalkan akademik yang tidak seberapa tinggi tapi dapat menyumbang nasib anak bangsa supaya berjaya dalam bidang akademik.

Buat pelajar UTM semua, moga kalian berjaya! Amin

LAWATAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI


Ini masa lawatan menteri pengajian tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin datang ke pejabat aku pada 25 September 2007.

Lawatan dia bukan sekadar ke pejabat aku je tapi banyak lagi termasuk fakulti.

Welcome datuk!

PUISI

Aku memang suka menulis, tak kiralah dalam bentuk puisi, esei dan sebagainya yang penting ianya berbentuk ilmiah, mendatangkan kebaikan dan dapat memenuhi masa lapang aku.

Di atas ni salah satu puisi aku yang telah pun dibukukan dalam buku "KEMERDEKAAN" pada tahun 2007.

Isnin, 13 Oktober 2008

MEE WANTAN

Aku cukup suka makan wantan mee. Ianya memang sejenis masakan cina yang kian popular masakini di semua golongan.

Restoran Noor yang terletak di Pulai Utama berhadapan Giant Taman Pulai Utama dan bersebelahan Jusco Taman Universiti ada menyediakan mee wantan.

Aku merupakan salah seorang pelanggan tetap yang selalu membuat pesanan mee wantan dia. Bagi penduduk Skudai bolehlah datang kesana, memang sedap masakannya.

LEPAT PULUT

Lepat pulut merupakan makanan tradisi orang Johor bila hari raya. Bagi aku kalau tak dapat makan lepat pulut macam ada kurangnya suasa hari raya.

Kalau 3-4 tahun yang lepas setiap kali hari raya arwah nenek atau mak yang merupakan perkara wajib dalam membuat lepat pulut, aku dan adik beradik tukang makan.

Sekarang ni bila nak dapatkan lepat pulut aku biasanya beli di Larkin. Disana ada dijual bermacam-macam aneka ketupat, lemang, lepat dan rendang untuk mereka yang hidup serba ringkas.

Lepat pulut ini dibuat dari beras pulut, kelapa, kacang dan daun kelapa untuk membungkus.

Cubalah makan, memang sedap. Marilah turun Johor, insyallah aku boleh bagi rasa.
K

RUANG TAMU I

Ini adalah ruang tamu rumah aku. Segala rekebentuk hiasan dalaman rumah adalah hasil sentuhan tangan aku sendiri.

Aku lebih rasa puashati sekiranya aku dapat buat sendiri. Banyak juga aku belajar dari internet buku-buku dan majalah yang berkaitan dengan interior design.

BUAH NONA


Buah nona ini aku dapat dari pemberian kenalan suami yang bertugas di Kuching. Walaupun aku agak jarang makan buah nona tapi memang sedap rasanya.

Buahnya berbonggol-bonggol dibahagian kulit luar dan isinya putih hingga kuning cair dan rasanya hampir menyerupai kastard.

Ia boleh ditanam melalui keratan dan biji.

Ahad, 12 Oktober 2008

BUAH NAM NAM

Buah nam-nam yang agak sukar di dapati kerana bakanya yang kian pupus, memandangkan generasi sekarang tidak ramai yang mengenali buah nam-nam. Termasuk aku juga, aku ingin sangat merasa keenakkan buah tersebut. Dimana ya, kalau aku nak dapat buah nama-nam ini?

Aku tahu mengenai buah tersebut melalui rakan-rakan, pembacaan dan melayari internet. Apa yang aku tahu buah ini boleh di makan begitu sahaja atau dicicah dengan garam.

BUAH SUSU


Ini pula buah susu atau ada sesetengah orang memanggilnya buah markisa. Masa zaman aku kanak-kanak arwah mak aku ada tanam pokok tersebut.

Ianya bermula melalui proses bunga menjadi putik kemudian berwarna hijau dan bila masak berwarna oren kemerah-merahan.

Sedap dimakan begitu sahaja, rasanya masam-masam manis.

Sekarang aku dah agak sukar nak dapat pokok tersebut memandangkan bakanya kian pupus.

BUAH ASAM KUNDANG

Antara koleksi gambar yang aku ambil pada tahun lepas sewaktu pergi lawatan ke Universiti Petronas di Tronoh Perak.

Bila rehat di tempat rehat kawasan utara ternampaklah buah asam kundang. Belum beli lagi dah terliur. Sempat juga aku ambil gambarnya untuk tatapan generasi akan datang supaya mereka kenal apa buah asam kundang. Aku sendiri dah hampr berbelas tahun tak jumpa buah eksotik ini.

Selain dimakan begitu sahaja ia enak di cecah dengan garam, buat jeruk dan di buat sambal.

Selamat terliuq!

Khamis, 9 Oktober 2008

POKOK UBI KENTANG

Tahukah anda pokok ubi kentang? Selama ini aku hanya mengenali ubi kentang yang boleh di masak untuk pelbagai kegunaan dalam masakan.

Suatu hari aku mencuba tanam kentang yang tumbuh didalam pasu. Oleh kerana nampak unik aku jadikan tumbuhan hiasan di halaman rumah aku.

Pokok kentang ini rendah dan menghasilkan bunga yang agak menarik berwarna putih dan ungu.

Untuk menghasilkan pokok baru bolehlah melalui keratan-keratan yang di tanam semula.

Selamat mencuba! Cantikkan.

HARI RAYA 2008

Pejam celik hari ini dah raya yang ke 10. Belum terlambat rasanya aku nak wish 'Selamat Hari Raya' buat warga alam siber semua.

Bagi yang mengenali aku sekeluarga secara realiti dan mengenali di alam maya ini maafkan kami sekiranya ada silap dan salah. Segala kekurangan datangnya dari kami sekeluarga dan yang baik datangnya dari Allah, moga kita semua di panjangkan usia dan berjumpa lagi di Hari Raya 2009.


Insyaallah. Jemputlah datang kerumah, sudi-sudikan ya!

KAMI

Inilah aku dan suami, Miswan Mohd Zin. Kini, setelah melahirkan sepasang anak semuanya berubah. Usia makin bertambah, pinggang makin bertambah dan lemak kian menebal.

Melihat perubahan semuanya inilah reliti yang kami perlu hadapi bila makin hari di mamah usia.

Uniknya, makin berusia umur kami kebahagiaan tetap makin kami kecapi. Usia perkahwinan kami telah hampir menjangkau 20 tahun pada 29 Oktober ini.

Alhamdulilah segala impian aku banyak yang tercapai. Moga-moga kami di murahkan rezeki dan anak-anak berjaya dalam bidang akademik pada pada masa akan datang.

Insyallah!

ANAK-ANAK

Inilah anak-anak aku, yang 1st bernama Siti Hajar (17 tahun) dan yang kedua Mohamad Azim (14 tahun). Inilah permata hati aku tempat kami bergaduh, merajuk, ketawa dan menangis.

Kedua anak-anak aku masih belajar dan mereka tinggal di asrama, maka tinggallah aku dan suami berdua di rumah. Rumah akan bising bila mereka berdua cuti sekolah. Ada sahaja perkara yang buat Mama ketawa, kalau mereka tiada memang terasa sunyi.

Buat anak-anak ibu moga kalian berjaya di dunia dan akhirat! Amin.

IKAN KELI

Semalam petang balik kerja sebelum sampai rumah, aku sempat singgah di edai runcit 24 jam. Pilih punya pilih aku beli ikan keli 2 ekor. Pembantu kedai yang siangkan siap-siap.

Sampai rumah ikan keli masih bergerak-gerak lagi. Ambil masalah juga nak memasak ikan keli tersebut walau pun dah di cuci dengan asam jawa dan garam. Walaupun adakalanya masa mencuci rasa takut-takut memandangkan ianya masih bergerak-gerak, kuatkan semangat sebab nak makan punya pasal.

Aku masak lemak cili api bersama belimbing buluh. Makanlah sorang-sorang sebab suami aku tak minat makan ikan air tawar.

Nyum! Nyum!

BELANGKAS

Balik dari bercuti di Pulau Langkawi aku rehat sehari di rumah dan baru naik bertugas. Pagi-pagi lagi opismate dah pelawa makan sejenis makanan 'eksotik'. Tak ramai yang pernah makan makanan ini termasuklah aku.

Pertama kali makan adalah 10 tahun yang lalu semasa buat lawatan di Kg Belukar Durian. Penduduk kampung menghidangkan kami belangkas masak lemak cili padi.

Kali ini belangkas goreng bercili. Memang sedap rasanya terutama telurnya. Aku memang tak pandai memasak makanan eksotik ini, memandangkan ianya ada mengandungi racun. Lagi pun manalah kawasan skudai ni nak dapat belangkas. " Belangkas hidup" banyaklah!

Kalau tak silap aku di negeri Johor, daerah Kota Tinggi ada restoran menyediakan pelbagai makanan eksotik. Aku belum lagi berkunjung kesana.

Rasa teringin lak nak makan belangkas goreng bercili. Sedapnya!

Rabu, 8 Oktober 2008

PERCUTIAN DI PULAU LANGKAWI


Pada 3-6 Ogos 2008 aki dan suami bercuti di Pulau Langkawi. Kami telah melayari internet untuk memikirkan destinasi mana yang kami hendak pergi bercuti. Kami berdua dah buat keputusan Langkawi adalah destinasi percutian kami.

Anak-anak tak nak ikut sama, memandangkan mereka berdua kerap kesana pada setiap tahun, maka kami pergi berdua sahaja.

Banyak juga tempat kami lawati semasa di pulau lagenda antaranya tempat kapal berlabuh marina, makam mahsuri, Langkawi cable car, telaga tujuh, water fall, geleri perdana dan rasanya semua tempat kami pergi.

Kami menginap di hotel sekadar untuk melelapkan mata sahaja, selainnya masa di habiskan untuk berjalan di Pulau Langkawi.

Tempat shopping paling kami suka pergi adalah Langkawi Parade. Coklat, pakaian, batik, kasut dan cederamata kami beli di situ. Harganya agak berpatutan berbanding dengan Johor Bahru.

Paling tidak lupa makan laksa kedah yang begitu murah dan sedap. Sedapnya!

Waaa rindunya laksa kedah. Langkawi aku akan datang lagiiiiiiii!

KOLEKSI BARANG ANTIK ( 2 )















Mama mula mengumpul barang antik sejak 8 tahun yang lalu. Bila sebut 'antik' skopnya amat luas. Ada yang suka mengumpul setem lama, duit lama, keris lama, jam tangan, barangan tembaga dan bermacam-macam lagi.


Minat Mama menjurus kepada perabot lama seperti display cabinet, pinggan mangkuk, alat permainan tradisional, pasu, tombak, sumpit, kayu dan bermacam-macam lagi.

Sebenarnya ada banyak lagi hobi yang unik umpamanya mengumpul barang-barang antik dan menjualnya kepada orang perseorangan. Tapi Mama lebih suka menjadikannya koleksi peribadi dirumah. Ada juga yang Mama tukar kepada kenalan rapat sekiranya terlebih dalam simpanan Mama.

Insyallah, Mama tidak lokek untuk berkongsi cerita dan bertukar-tukar barangan antik sekiranya Mama ada stok.


KOLEKSI BARANG ANTIK ( I )















Meminati barang antik bukan sekdar hobi, sebaliknya ia menjadi kegilaan tanpa mengira jantina dan faktor usia. Sebaliknya ia menjadi kegilaan bagi sebilangan orang. Umpa orang bercinta, peminat barang antik umpama orang bercinta, peminat barang antik sentiasa terbayang barangan yang mereka idamkan serta tidak boleh tidur malam sehingga ia berjaya memilikinya.

Disebabkan kegilaan terhadap barang antik, ramai tidak berkira pasal wang, asalkan dapat memiliki barangan antik yang dihajati. Ternyata koleksi barang antik sesuai dimiliki pada semua orang yang tahu menghargainya.

Selasa, 7 Oktober 2008

SELAMAT HARI RAYA

Dalam kita sibuk menyambut hari lebaran aku harap jangan kita lupa pada mereka yang kekurangan. Aku sendiri mengingatkan diri sendiri, dalam kesibukan kita menukar langsir dan membeli perabut tidak rugi rasanya kita menghulurkan sedikit sedekah buat mereka-mereka yang memerlukan bantuan.


Sekurang-kurangnya mereka tersenyum dan mendoakan kebahagiaan dan mudah-mudahan rezeki kita bertambah lagi.

Selamat Hari Raya semua!

DULU LAIN SEKARANG LAIN !

Selama ini menulis blog dalam bentuk puisi dan esei tapi dulu lain sekarang lain kan? Terasa seronok dan gembira apabila membaca kembali tulisan blog rakan-rakan. Bila ada masa terluang baca blog rakan-rakan yang lain tersenyum dan tersengih sendiri.

Kalau dulu aku menaip dalam blog dengan penulisan yang tidak tersusun, boleh tergelak sendiri. Niat dihati nak masukkan kembali blog tapi tak perlu untuk dimuatkan disini.