Ahad, 14 Disember 2008

AIDIL ADHA 2008


9 Disember bersempena dengan sambutan Aidil Adha 2008 kami sekeluarga seperti biasa menganjurkan ibadah korban.

Sebaik selesai solat sunat Aidil Adha, semua warha Hj Samad bin Amat akan berkumpul untuk bekerjasama untuk menumbangkan lembu bagi tujuan ibadah korban dengan diketuai oleh Hj Omar sebagai penyembelih lembu. Aktiviti memasak jamuan ringan disediakan oleh kaum perempuan pada lewat pagi. Adalah juadah ketupat, lodeh, kuah kacang, rendang dan pencuci mulut.

Alhamdulilah semangat bersatu padu masih jelas dalam program ini pada setiap tahun. 2008 kami hanya dapat mengorbankan 4 ekor lembu sahaja berbanding tahun lepas. Mungkin ekonomi yang agak menurun pada tahun ini.

Majlis tamat jam 1.00tgh dengan jamuan makan semua peserta yang membantu keluarga kami.