Khamis, 20 November 2008

BUAH DELIMA

Dua hari yang lepas aku makan buah delima atas pemberian kawan, Rohana Rahim. Memang dah lama aku tak makan buah ini. Rasanya aku makan 3 bulan yang lepas ketika itu aku berkursus di Perpustakaan Negara. Aku beli dekat Chow Kit Road, Kuala Lumpur.

Setahu aku buah delima ini banyak digunakan dalam perubatan. Ianya mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, vitamin A dan C. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah tersebut boleh membuat cacing yang melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

Selain itu buah delima mempunyai manafaat yang lain seperti membantu penyakit keputihan, gangguan pencernaan, perut kembung dan menurunkan berat badan.

Tiada ulasan: