Khamis, 20 November 2008

BUAH PISANG KAKI

Mungkin ada yang mengenali buah pisang kaki dan juga sebaliknya. Tadi opismate aku bagilah buah pisang kaki. Memang dah menjadi kebiasaannya, bila balik Kuala Lumpur dia memang rajin membeli buah pisang kaki.

Buah pisang kaki ini mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Selain berkhasiat ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori serta meredakan masalah sembelit.

Sungguhpun buah ini tidak menyerupai pisang-pisang biasa namun tetap di panggil pisang. Rupanya yang bulat, berisi rangup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.

Tiada ulasan: