Khamis, 20 November 2008

LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH)


Bagi pengemar buku-buku berilmiah cacalah buku La Tahzan (Jangan bersedih) yang ditulis oleh Dr. Aid Abdullah Al Qarni.

Mengimbas kembali tahun 2006. Bermulanya aku mendekati buku ini ketika itu aku tengah bersedih. Maaflah kesedihan itu aku tidak boleh tulis disini. Satu hari aku memberanikan diri datang kebilik Ketua Pustakawan tempat aku bertugas. Aku meluahkan segalanya pada dia, alhamdulilah dia pendengar yang baik. Banyak nasihat-nasihat yang aku terima.

Masih aku ingat antaranya berkaitan solat-solat sunat, pergaulan dan salah satunya iaitu buku La Tahzan.

Dah 2x kali aku buat peminjaman buku ini di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Skudai. Begitulah testimonial yang aku dapat dari buku ini. Ianya banyak membantu dari segi keutuhan kerohanian, motivasi dan banyak lagi.

Bagi mereka-mereka yang tengah rasa stress, rasa rendah diri, macam tak ada harga diri, rasa sedih dan seribu macam rasa. Aku suggest bacalah La Tahzan. Korang akan dapat keberkesanannya.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan: