Jumaat, 28 November 2008

BERCUTI DI GENTING HIGHLANDS


Ikut perancangan lepas peperiksaan SPM anak dara aku, Aja dan tamatnya peperiksaan semester akak aku, kami merancang nak ke Kuala Lumpur. Ikutkan hati aku memang dah biasa naik Kuala Lumpur. Tapi aku tak boleh pikir diri aku je kena pikir 2 orang anak aku yang sibuk dengan xtbt asrama dan pelajaran mereka. Mereka tidaklah sekerap aku dan suami yang selalu outstation.

Kami pegi sekadar kaum ibu dan anak-anak je, bermakna aku dan akak aku je. Bila Opiq cuti semester dia kata nak join sama. Orang bujangkan, senang nak pelawa jalan. Tiba-tiba dia bagi cadangan baik singgah semalam di Genting Hinghlands.

Anak-anak aku dan akak aku pun menyokong untuk kesana. Aku tak kisah janji poket aku penuh happy nak jalan...huhuhu.

Alhamduliah pada 11-13 Disember 2008 aku bersama anak-anak, akak, anak-anak buah dan Opiq akan kesana.

Kepala aku nih satu je nak ke Kuala Lumpur shopping. Aku suka shopping kat KL berbanding JB yang harganya mahal.

Genting Highlands aku datang! :)

Tiada ulasan: