Khamis, 27 November 2008

TIRAM

Bercerita pasal tiram gelihati pun ada. Gara-gara aku la, tangan anak bujang aku lekuk sikit sampai sekarang. Bagi yang tak pernah melihat tiram secara realiti tiram ni berbentuk besar la jugak. Sebesar penumbuk aku...huhuhu.

Nak jadi cite, lepas buat medical check up Azim di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru aku pun balik menghala rumah. Dalam 50 meter sampai Danga Bay, aku terpikir nak beli kupang. Kalau makan kupang rebus cicah cili sos sedap agaknya.

Fokus aku hanyalah nak beli kupang. Tiba-tiba atas meja aku nampak macam batu. Aku tanyalah dengan budak yang juala, apa benda nih. Dia cakap 'oyster', dalam hati aku ceh! cakap orang putih mamat nih, sambil senyum tengok rambut dia yang berkarat...huhuhu

Aku kata kat dia, selonggok berapa ringgit? Dia jawab RM5.00 je. Adalah dalam selonggok dalam 10 biji camtu. Aku pun beli 2 longgok tiram dan 2 bungkus kupang.

Bila nak jalan aku kata camna nak masak? Mamat tu jawab akak rebus pun boleh dan makan mentah pun boleh. Dengan penuh semangat aku terus balik rumah menghala Taman Pulai Indah.

Sampai tumah punyalah tak sabar-sabar nak makan kupang entah kemana, aku pun cuci tiram lepas tu rebus separuh masak. Kupang aku masukkan dalam petiais, bermakna aku boleh masak esok.

Bila dah matikan api, aku pun terpikir macam mana nak buka binatang nih? Aku amiklah pisau aku ketuk tak terbuka gak, korek sana sini sampai naik kotor kat singki aku gara-gara nak buka sebiji tiram..huhuhu.

Bila dah tahu skill, laju je. Aku panggil lah anak bujang aku. Dia pun capai pisau tajam tapi dalam hati ada lak pisau nih makan tangan budak ni....huhuhu. Ermmm... baru sekali dia cuba pisau dah makan jari dia. Aku terpandang jari anak aku tersengih putih kemudian diikuti arah meleleh.

Punyalah panikjadi mengigil aku dibuatnya, anak aku lari ruang makan siap cakap sakit bu! Darah punyalah menitik-nitik sana sini. Nasiblah dia bijak cepat-cepat pergi petiais amik ais bagi darah berhenti. Aku amik pembalut luka dan plaster. Anak aku, Azim tekan je bahagian luka dengan ais yang berbalut dengan kain pembalut luka. Bila aku kata nak tuang minyak gamat, dia kata tak nak so aku dengar cakap dia. Bila nampak darah dah mula kurang mengalir, aku pun tampal plaster. Huh! buka satu jari je yang kena tapi 2 jari...huhuhu. Kesiannya anak aku. Aku ajak anak aku pergi klinik supa doktor boleh jahit, dia tak nak. Senang je jawab, ' rileks ler ibu ok ni'.

Oleh kerana dia tak nak ke klinik aku tampal plaster kedua-dua jari. Alhamdulilah nampak baik, aku pun hilang panik. Aku tengok dia jalan ke dapur terus capai tiram terus makan, 'siap kata sedap lar ibu tiram nih, biasanya kita makan kat hotel sebiji je dah mencecah RM8.00'.

Aku pun terus sambung buka cengkerang tiram sampai habis. Bila dah siap aku bahagi bahagian, satu aku perah dengan asam limau, hiriskan cili api dan bawang besar. Yang sebahagian lagi aku goreng dengan telur.

Insiden nih dah 2 minggu lepas. Semalam bila aku tengok jari anak aku lekuk sikit. Alahai kesiannya jari anak bujang aku. Dia siap cakap 'jari Azim ada 3 ruas ler ibu'...huhuhu. Kalau anak dara aku yang kena sure turun saham...huhuhu. Pada aku baru lagikan so lama-lama tak nampak pun sebabnya tak nampak berparut.

Punyalah excited aku masak, suami aku takut nak makan. Last yang makan aku dengan Azim je. Memang sedap tiram ni.

Tiada ulasan: