Rabu, 26 November 2008

BUAH NAGA

Buah naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya merupakan tanaman spesis baru yang belum berapa sangat diterokai sepenuhnya di negara kita. Penanaman buah ini mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain.

Kebaikan buah naga mengeluarkan lebihan toksik dalam badan, melambatkan proses penuaan, mengandungi vitamin C bagi mencerahkan kulit dan boleh mengurangkan berat badan kerana mengandungi fiber yang mudah larut, selain itu juga merawat penyakit kencing manis dan mencegah kanser usus.

Tiada ulasan: