Ahad, 14 Disember 2008

AIDIL ADHA 2008


9 Disember bersempena dengan sambutan Aidil Adha 2008 kami sekeluarga seperti biasa menganjurkan ibadah korban.

Sebaik selesai solat sunat Aidil Adha, semua warha Hj Samad bin Amat akan berkumpul untuk bekerjasama untuk menumbangkan lembu bagi tujuan ibadah korban dengan diketuai oleh Hj Omar sebagai penyembelih lembu. Aktiviti memasak jamuan ringan disediakan oleh kaum perempuan pada lewat pagi. Adalah juadah ketupat, lodeh, kuah kacang, rendang dan pencuci mulut.

Alhamdulilah semangat bersatu padu masih jelas dalam program ini pada setiap tahun. 2008 kami hanya dapat mengorbankan 4 ekor lembu sahaja berbanding tahun lepas. Mungkin ekonomi yang agak menurun pada tahun ini.

Majlis tamat jam 1.00tgh dengan jamuan makan semua peserta yang membantu keluarga kami.

Jumaat, 28 November 2008

BERCUTI DI GENTING HIGHLANDS


Ikut perancangan lepas peperiksaan SPM anak dara aku, Aja dan tamatnya peperiksaan semester akak aku, kami merancang nak ke Kuala Lumpur. Ikutkan hati aku memang dah biasa naik Kuala Lumpur. Tapi aku tak boleh pikir diri aku je kena pikir 2 orang anak aku yang sibuk dengan xtbt asrama dan pelajaran mereka. Mereka tidaklah sekerap aku dan suami yang selalu outstation.

Kami pegi sekadar kaum ibu dan anak-anak je, bermakna aku dan akak aku je. Bila Opiq cuti semester dia kata nak join sama. Orang bujangkan, senang nak pelawa jalan. Tiba-tiba dia bagi cadangan baik singgah semalam di Genting Hinghlands.

Anak-anak aku dan akak aku pun menyokong untuk kesana. Aku tak kisah janji poket aku penuh happy nak jalan...huhuhu.

Alhamduliah pada 11-13 Disember 2008 aku bersama anak-anak, akak, anak-anak buah dan Opiq akan kesana.

Kepala aku nih satu je nak ke Kuala Lumpur shopping. Aku suka shopping kat KL berbanding JB yang harganya mahal.

Genting Highlands aku datang! :)

Khamis, 27 November 2008

TIRAM

Bercerita pasal tiram gelihati pun ada. Gara-gara aku la, tangan anak bujang aku lekuk sikit sampai sekarang. Bagi yang tak pernah melihat tiram secara realiti tiram ni berbentuk besar la jugak. Sebesar penumbuk aku...huhuhu.

Nak jadi cite, lepas buat medical check up Azim di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru aku pun balik menghala rumah. Dalam 50 meter sampai Danga Bay, aku terpikir nak beli kupang. Kalau makan kupang rebus cicah cili sos sedap agaknya.

Fokus aku hanyalah nak beli kupang. Tiba-tiba atas meja aku nampak macam batu. Aku tanyalah dengan budak yang juala, apa benda nih. Dia cakap 'oyster', dalam hati aku ceh! cakap orang putih mamat nih, sambil senyum tengok rambut dia yang berkarat...huhuhu

Aku kata kat dia, selonggok berapa ringgit? Dia jawab RM5.00 je. Adalah dalam selonggok dalam 10 biji camtu. Aku pun beli 2 longgok tiram dan 2 bungkus kupang.

Bila nak jalan aku kata camna nak masak? Mamat tu jawab akak rebus pun boleh dan makan mentah pun boleh. Dengan penuh semangat aku terus balik rumah menghala Taman Pulai Indah.

Sampai tumah punyalah tak sabar-sabar nak makan kupang entah kemana, aku pun cuci tiram lepas tu rebus separuh masak. Kupang aku masukkan dalam petiais, bermakna aku boleh masak esok.

Bila dah matikan api, aku pun terpikir macam mana nak buka binatang nih? Aku amiklah pisau aku ketuk tak terbuka gak, korek sana sini sampai naik kotor kat singki aku gara-gara nak buka sebiji tiram..huhuhu.

Bila dah tahu skill, laju je. Aku panggil lah anak bujang aku. Dia pun capai pisau tajam tapi dalam hati ada lak pisau nih makan tangan budak ni....huhuhu. Ermmm... baru sekali dia cuba pisau dah makan jari dia. Aku terpandang jari anak aku tersengih putih kemudian diikuti arah meleleh.

Punyalah panikjadi mengigil aku dibuatnya, anak aku lari ruang makan siap cakap sakit bu! Darah punyalah menitik-nitik sana sini. Nasiblah dia bijak cepat-cepat pergi petiais amik ais bagi darah berhenti. Aku amik pembalut luka dan plaster. Anak aku, Azim tekan je bahagian luka dengan ais yang berbalut dengan kain pembalut luka. Bila aku kata nak tuang minyak gamat, dia kata tak nak so aku dengar cakap dia. Bila nampak darah dah mula kurang mengalir, aku pun tampal plaster. Huh! buka satu jari je yang kena tapi 2 jari...huhuhu. Kesiannya anak aku. Aku ajak anak aku pergi klinik supa doktor boleh jahit, dia tak nak. Senang je jawab, ' rileks ler ibu ok ni'.

Oleh kerana dia tak nak ke klinik aku tampal plaster kedua-dua jari. Alhamdulilah nampak baik, aku pun hilang panik. Aku tengok dia jalan ke dapur terus capai tiram terus makan, 'siap kata sedap lar ibu tiram nih, biasanya kita makan kat hotel sebiji je dah mencecah RM8.00'.

Aku pun terus sambung buka cengkerang tiram sampai habis. Bila dah siap aku bahagi bahagian, satu aku perah dengan asam limau, hiriskan cili api dan bawang besar. Yang sebahagian lagi aku goreng dengan telur.

Insiden nih dah 2 minggu lepas. Semalam bila aku tengok jari anak aku lekuk sikit. Alahai kesiannya jari anak bujang aku. Dia siap cakap 'jari Azim ada 3 ruas ler ibu'...huhuhu. Kalau anak dara aku yang kena sure turun saham...huhuhu. Pada aku baru lagikan so lama-lama tak nampak pun sebabnya tak nampak berparut.

Punyalah excited aku masak, suami aku takut nak makan. Last yang makan aku dengan Azim je. Memang sedap tiram ni.

Rabu, 26 November 2008

BUAH NAGA

Buah naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya merupakan tanaman spesis baru yang belum berapa sangat diterokai sepenuhnya di negara kita. Penanaman buah ini mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain.

Kebaikan buah naga mengeluarkan lebihan toksik dalam badan, melambatkan proses penuaan, mengandungi vitamin C bagi mencerahkan kulit dan boleh mengurangkan berat badan kerana mengandungi fiber yang mudah larut, selain itu juga merawat penyakit kencing manis dan mencegah kanser usus.

Isnin, 24 November 2008

PERUBAHAN PERJALANAN HIDUP KE ARAH LEBIH BAIK

Dalam mencari kehidupan lebih baik itu, rasanya setiap umat Islam punya impian menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mendekatkan diri dengan Allah. alah kembalinya dari Makkah disifatkan sebagai titik permulaan mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik.

Itulah doa saya setiap hari mahukan kehidupan yang lebih baik dari semalam, apabila kembali dari Makkah saya ingin menjadikan diri ini sesuatu yang lebih baik dalam kerja yang saya lakukan.

Pelbagai anugerah dan dimurahkan rezeki untuk saya tapi kalau saya dapat mengerjakan haji itulah jalan terbaik untuk saya impikan selama ini. Insyallah.

Khamis, 20 November 2008

HONDA JAZZ


Sejak dua menjak ni aku suka sangat dengan kereta Honda Jazz. Nampak sesuai untuk kaum wanita. Sekarang aku pakai Waja Campro warna hitam dah 3 tahun. Bukan bermakna aku suka Honda Jazz nak jual Waja. Waja la yang banyak memudahkan aku sepanjang 3 tahun ni. Dimana aku boleh berulang alik ke pejabat, urusan peribadi dan sebagainya.

Cuma aku kurang berpuashati tentang Waja pasal pintunya, kadangkala tak boleh tutup secara tiba-tiba.

Kalau Waja aku nampak tulisan aku dalam blog ni sure dia mogok..ehehe. Sori ya Waja, I luv u....ehehehe

LANGGAR ANJING

Ini kejadian benar-benar belaka...hehehe. Bukan rekaan...ehehehe. Pertama sekali korang pandang muka anjing kat atas tu lama-lama. Macam mintak belas kasihan kan? ehehehe. Macam aku nak baling je...ehehehe

Malam tadi lepas solat maghrib aku keluar ke Taman Universiti nak cari manik baju aku. Masa tu aku masih dekat area Taman Pulai Indah. Lepas pondok pengawal aku pun belesuuupp laju, bukan nak rempit tapi memnadangkan jalanraya clear lepas maghrib lagi pun dah keluar area perumah tak ada bonggol.

Ntah macam mana gaknya sebelum sampai depan sekolah tiba-tiba ada sekor anjing lari sana sini atas jalanraya. Aku cuba nak brek tapi memandangkan belakang aku ada kereta, ada kang aku kena tala dengan kereta belakang. Apa lagi aku nekad je, nasib la ko anjing kalu panjang umur rezeki ko la.

Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu dengan bunyi bukkkk dan dengar bunyi ekkk....eeekkkk. Aku terus je , anak aku, Azim yang sibuk pandang. Kalau aku berhenti pun apa aku boleh buat dengan anjing dan silap-silap kereta aku kena langgar. Anak aku kata anjing tu dirilah ibu tapi terjingkit-jingkit mungkin kena sikit je. Yang paling lawak Azim kata " mungkin kena bumper(punggung) dia je". Kena bumper dia takpe, jangan bumper kereta aku yang pecah dah ler. Duittttttttttt! kalau anjing tu nak bagi aku duit tak apa laa...eheheh

Sampai Taman Universiti aku tengok bumper kereta aku tak ada apa-apa. Alhamdulilah selamat. Bila ingat balik aku gelihati dengar bunyi dia ekkkk...ekkkkk! ehehehe